PENCEMARAN AIR



DEFINISI PENCEMARAN AIR

Pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat fizikal, haba, biologi atau radioaktif dibahagian alam sekeliling yang melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan  menjadi bahaya atau memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan tumbuh-tumbuhan air. 


PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

1. Pembuangan sisa kilang ke dalam sungai.



2. Sikap individu yang lupa tanggungjawab dan kepentingan menjaga alam sekitar iaitu suka membuang bahan-bahan buangan seperti sampah, mimyak dan najis ke dalam sungai.



3. Penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian juga menyebabkan hakisan tanah berlaku dan akan mengakibatkan mendakan berlaku. Mendakan ini akan mencetekkan sungai dan air sungai menjadi keruh.




KESAN-KESAN PENCEMARAN AIR

1. Kesihatan manusia akan terjejas dan mengakibatkan penyakit bahaya.



2. Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan.




LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR

1. Tidak membuang sampah ke dalam sungai.

2. Menguatkuasakan undang-undang bagi kilang-kilang yang menyalurkan bahan buangan seperti cecair dan pepejal kimia ke dalam sungai akan diambil tegas.

3. Mengadakan kempen kesedaran kepentingan menjaga sungai terhadap alam sekitar.

4. Menjaga sumber-sumber air bersih yang tidak tercemar.