PENCEMARAN UDARA


DEFINISI PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kepada kehidupan alam sekelilinga dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. 



PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan, penghasilan bahan pencemar oleh kilang, pembakaran di tempat pelupusan dan pembakaran terbuka. 


Pembakaran hutan yang berleluasa juga akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. 


Masyarakat juga menyumbang kepada punca pencemaran daripada aktiviti membakar sampah, memasak menggunakan arang atau kayu, merokok dan sebagainya.




KESAN PENCEMARAN UDARA

  • Akibat daripada pencemaran udara akan mengakibatkan  alam sekitar, kesihatan manusia akan terjejas
  •  Bahan kimia yang sangat beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-kanak.


LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN UDARA

1. Penampalan Ozon

  • Bahagian ozon yang berlubang boleh ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunan belon helium. Selain itu, menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang mampu menampal ozon.

2. Memperkenalkan undang-undang

  • Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagau undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. 

3. Penggunaan Teknologi

  • Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.


3. Kitar Semula

  • Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.