PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
SELAMATKANLAH ALAM KITA DAN CINTAILAH ALAM KITA
22 May 2012
08 May 2012
PENGENALAN
Arus pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju telah mencetuskan pelbagai situasi . Pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik dan sosial telah memberikan taraf hidup yang selesa kepada rakyat dan menaikkan imej negara di kaca mata dunia. Namun begitu, disebalik keselesaan dan pembangunan tersebut timbulnya beberapa masalah sampingan yang boleh memudaratkan kehidupan masyarakat.
Sebagai sebuah Negara membangun, Malaysia sedang mengalami proses pembangunan yang pesat. Pada penghujung abad ke-20 ini, banyak laporan menunjukkan betapa keadaan alam sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar. Pencemaran itu berlaku di segenap pelosok sama ada di Negara membangun apa lagi di Negara maju. Krisis tersebut telah memberi kesan langsung yang negatif terhadap seluruh komponen mikro serta makro alam sekitar. Masalah pencemaran bukanlah suatu perkara yang baru di Malaysia. Berlakunya pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar.
Pada asasnya, kemerosotan kualiti udara, air dan kebisingan adalah berkait rapat dengan pembangunan suatu jenis guna tanah. Contohnya pembangunan industri berat yang berisiko tinggi berkemungkinan menjadi punca kepada pencemaran udara, air dan kebisingan. Berbagai isu dan masalah alam sekitar sering dihadapi oleh penduduk di terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran air, udara dan kebisingan. Tanpa melakukan pengawalan dan penyelesaian masalah pencemaran alam sekitar ia boleh mengakibatkan kemudaratan dari segi kesihatan dan menjejaskan kualiti kehidupan kita. Di sini, akan dibincangkan tentang salah satu isu alam sekitar yang berlaku di Negara kita iaitu pencemaran air, bunyi dan udara.
05 May 2012
SEKAPUR SIRIH...SEULAS PINANG...
Blog Sumber Guru Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diwujudkan bagi mengumpulkan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan mata pelajaran ini untuk dijadikan sumber rujukan dan bahan bantu mengajar guru-guru.Blog ini juga menyediakan serba sedikit panduan untuk guru-guru dalam pengurusan Panitia di sekolah.Bahan-bahan audio-visual seperti video klip dari youtube dan koleksi lagu-lagu patriotik diblog ini bertujuan membantu guru-guru membawa pelajar-pelajar mendengar, melihat, merasai serta memahami topik-topik dengan lebih jelas lagi di samping menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran lebih menarik dan bermakna.Selain membantu rakan guru, blog ini juga diwujudkan atas rasa keperihatinan terhadap keperluan pelajar-pelajar terutamanya pelajar sekolah rendah luar bandar yang masih kurang kemahiran menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat bagi perlaksanaan Projek Kewarganegaraan mereka.Diharapkan dengan adanya bahan-bahan di blog ini, dapat membimbing dan memudahkan pelajar mencari bahan rujukan untuk tugasan mereka disamping merasai keseronokan pengalaman baru mencari maklumat menggunakan kaedah pembelajaran interaktif.Bahan-bahan yang dikumpulkan di blog ini juga adalah dari bahan-bahan yang dirujuk dan disunting dari sumber seperti wikepedia, akhbar-akhbar, artikel-artikel dari majalah dan laman web yang mempunyai kandungan yang bersesuaian dengan tajuk- tajuk dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.Semoga bahan-bahan bacaan ini dapat membantu rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada berkenaan topik-topik yang yang akan diajar dan dipelajari.Pautan-pautan yang ada di dalam blog ini juga adalah pautan dari agensi kerajaan dan bukan kerajaan, juga dari laman web dan blog yang terpilih kerana nilai kandungan bahan-bahan yang ada, amat berguna dan sesuai sekali untuk dijadikan bahan rujukan guru-guru dan pelajar-pelajar yang ingin mendapatkan maklumat tambahan.Akhir kata, saya dengan rasa berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak-pihak yang sudi berkongsi bahan secara langsung dan tidak langsung demi Membina Negara Bangsa. Semoga ilmu yang dikongsikan ini akan menjadi amal jariah kita di akhirat kelak.Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT, dan segala keburukan dan kelemahan itu datang dari saya sendiri.
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)