DEFINISI PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi adalah bunyi yang tidak dikehendaki yang boleh memberi gangguan psikologi dan kesan sosial kepada seseorang atau kumpulan. Contohnya seperti gangguan percakapan, kerja, berehat, rekreasi, tidur dan sebagainya.
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN BUNYI
Kebisingan daripada pengangkutan awam seperti kapal terbang dan kereta api.
Kebisingan daripada operasi industri seperti mesin dan peralatannya.
Kebisingan daripada aktiviti harian manusia dan suara manusia seperti radio, televisyen dan binatang peliharaan seperti anjing.
KESAN PENCEMARAN BUNYI
- Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau melalui telefon.
- Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang.
- Menyebabkan kekurangan keupayaan untuk mendengar atau pekak.
- Menyebabkan gangguan perasaan dan jiwa manusia.
LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN BUNYI
1. Penggunaan Teknologi
- Terdapat pelbagai strategi mengurangkan bunyi antaranya ialah penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan jalan raya, menghadkan berat kenderaan, menggunakan kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek dan pecutan bagi kenderaan.
2. Pendidikan
- Melalui pendidikan memberi kesedaran serta membentuk sikap positif terhadap alam sekitar terutamanya dari peringkat rendah lagi. Melalui pendidikan mereka dapat mengetahui pencemar alam dari segi kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar dan manusia.
3. Tanggungjawab bersama
- Kerajaan perlu memainkan peranan seperti mengetat undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Rondaan oleh pegawai alam sekitar perlu diperbanyakkan. Pengusaha kilang haruslah mendapatkan nasihat mengenai alam sekitar sebelum memulakan operasi. Selain itu, pengguna perlu memantau persekitaran sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar perlu segera membuat aduan agar pencemaran bunyi diatasi.
4. Pendedahan Media Massa
- Penyiaran isu-isu berkaitan alam sekitar supaya masyarakat peka dan berhati-hati untuk melindungi alam sekitar daripada tercemar. Pihak media turut menyiarkan isu-isu terkini di akhbar dan majalah untuk meningkatkan pengetahuan masyarakat.